Blog DramaQueen

06 August 2015

x

Bissmillah untuk pembuka kata ini
dah lama aku tak kemari
menulis kata kata sakti
kata hati ku sendiri



Alhamdulillah aku hidup kembali
dengan cerita yang indah lagi
buat aku lupa tempat ini
tempat menghunus kata kata sakti



aku kemari
kerana rindu
dengan susun atur
kehidupan yang telah aku lalui

05 August 2014

✖️✖️✖️✖️





Ya Allah.
Entah apa rasanya
Bila sentiasa ada bersama
Tak sanggup lagi untuk menanya
Apa perasaan ini yang wujud dari dalam 




Ya Allah.
Tapi sampai bila waktunya
Mungkin ianya hanya seketika 
Atau hanya untuk sementara
Bolehkan untuk selama-lamanya





Ya Allah.
Tak tahu kenapa adanya titisan
Yang tiba-tiba datang menjulang
Bukan calang-calang orang
untuk untuk jemput aku datang

03 July 2013

sahabat sial

kau kata aku masa lampau kau? cepat kau lupakan kisah kita yang dulu?
Apa kau lupa siapa aku selama ini? Aku yang selalu menjadi sahabat kau ditepi?


Kau pakai aku bila kau perlu? Kau cari aku bila kau celaru?
Kau jumpa aku bila kau bosan? Kau lihat aku bila kau kasihan?


masa tu jangan kau cari aku lagi. sebab aku tak perlukan kau disini.
Aku bukan lagi sahabat kau yang dulu. Aku yang jenis selalu ambil tahu.


Jangan kau merayu-rayu aku lah dulu yang jenis selalu 
Mengiasi mimpi-mimpumu itu dengan sinaran  mentari


Tapi salahkah aku ingin menjadi sahabat sejatimu? tapi itu semua tipu
Tapi sekarang kau bukan sahabat aku lagi.sebab itu semua adalah palsu


Apa kau bilang dulu aku sahabat sampai mati? 
puiii tapi kau pergi meninggalkan  diriku ini.


Ya betul! kata kau dulu aku seorang yang pendendam!
Tapi dalam diam aku juga seorang yang  kejam !



24 April 2013

cinta si buta sama si bisu




si buta tidak dapat melihat
si bisu tidak dapat mendengar
mereka merasakan kurang sesuatu

si buta selalu mengeluh hidupnya kelam
si bisu juga mengeluh hidupnya hitam
merasakan diri ini si  halimunan

katanya kalau tidak buta aku syukur
katanya lagi kalau tidak bisu aku juga bersyukur

dulu dapat mendengar kicauan burung
dulu dapat melihat senja di hari petang
oleh kerna satu hal semua itu hilang

jika si buta tak dapat melihat si bisu adalah arahnya
jika si bisu tak dapat bersuara si buta adalah pelanginya

sebenarnya si bisu menipu yang dirinya itu tidak punya kotak suara.
si bisu tidak bersuara senyap membisu bila bersama si buta
mereka tidak merasakan adanya kurang sesuatu

menipu si buta untuk lihat si buta meneruskan kehidupan
teruskan hidup yang dunia ini sebenarnya terang menderang
dengan hadirnya datang dia yang seorang

untuk terus hidup dua dua saling melengkapi
tapi si buta dan si bisu sebenarnya saling menyanyangi

16 March 2013

DOSA

                                        ---------------------------------------------------------

Abangku yang mahu kahwin adalah seorang pekerja di kedai runcit. Bekerja untuk apek-apek sebagai tukang angkut beras atau tukang menyukat minyak curah liter. Aku sesekali  menyebutnya ‘kuli Cina’. Terdengar perkauman, tapi bukan kerana aku membenci orang Cina, cuma kerana aku sangat membenci abangku itu. Satu alasan kenapa aku sangat membencinya adalah kerana dia yang membuatku hilang teruna. Kerana dia, secara tidak langsung, mengusirku dari bilikku di rumah. Cerita ini sangat panjang dan kalian harus bersabar denganku.

Si Ricky sebaiknya disuruh sekolah pondok saja, biar biliknya boleh dipakai abangnya,” aku mencuri dengar perbualan orang tuaku. Mereka fikir aku belum pulang sekolah waktu itu. Perbualan tersebut adalah asal dan sebab musabab perginya aku dari rumah. Perkenalkan, namaku Ricky. Sebenarnya aslinya Riki. Tapi aku lebih suka menuliskannya dengan c dan y, biar terdengar cool dan kebaratan.

“Mana mungkin dia mahu,” balas ibuku “Terus mahu diletak di mana isteri abangnya? 
Di loteng dengan tikus?” tanya bapaku secara retorik.Ibuku terdiam cukup lama. “Dia kan masih kecil, mana pandai hidup di sekolah pondok.”Boleh, dia itu cuma manja,” remeh bapaku.Tepat saat itulah, aku memutuskan untuk masuk sekolah pondok. Bukan kerana aku mengalah atau kasihan pada calon isteri abangku nanti, (dia mahu tidur di loteng pun aku tidak peduli padanya). tetapi lebih kerana aku sedang melawan kedua orang tuaku. Itu semua fitnah yang mereka katakan bahawa aku ini manja dan masih kecil. Aku mungkin pemalas, tapi aku sama sekali tidak manja. Mereka  harus tahu itu.

Waktu itu umurku hampir 18 tahun dan aku belajar di tingkatan 3 STM*. Di sekolah aku memilih jurusan mekanikal dengan harapan suatu saat dapat bekerja di bengkel atau di kilang sebagai ahli teknisi*, bukan bahagian produksi. Aku juga tertarik dengan jurusan elektrik, tapi kerja buka pasang lebih menarik minatku dibandingkan mati kering kerana terenjat elektrik. Tidak ada apa yang menarik tentang sekolahku. Aku juga bukan orang yang alim yang tidak tinggal solat 5 waktu sehari serta berdoa dan berwirid setelahnya. Aku hanya orang biasa. Masuk sekolah pondok waktu itu, adalah cabaran yang sangat besar dalam hidupku.Esok harinya setelah mengetahui bahawa aku akan diusir dari rumahku, aku memutuskan untuk berkeliling kampung naik basikal. Aku akan mencari informasi tentang lokasi-lokasi sekolah pondok. Dalam otakku, daripada nanti aku disuruh, yang nampak macam aku dipaksa, lebih baik aku yang berinisiatif sendiri mencari sekolah pondok. Aku tidak ingin memberikan orang tuaku kepuasan bahawa mereka memiliki kekuatan untuk mengarah-arahku. Aku tidak suka diarah. Kesimpulannya, daripada diusir, lebih baik pergi dulu, kan?

Masih naik basikal waktu itu, sekayuh dua kayuh aku singgah di masjid-masjid dan berharap melihat remaja 
soleh berkopiah yang boleh memberikan sedikit petunjuk. Tapi aku tidak menemukan pemuda yang pergi ke masjid. Kebanyakan adalah pakcik-pakcik, dan aku tidak minat bercakap dengan orang tua. Mereka membosankan, tukang ceramah, dan merasa betul selalu.Aku mengayuh terus seharian—kerana tidak punya 
motor—sehingga keringat membasahi seluruh seluar dalamku (waktu itu seluar dalamku belum berjenama, tapi ini cerita yang lain lagi) sampai ketika aku kepenatan dan memutuskan untuk duduk terdampar bersama dengan beberapa pemuda samseng berbau tengik yang biasanya kecoh main gitar, membakar rokok dan minum kopi di pinggir jalan atau pos ronda. Aku bukanlah golongan mereka, tapi aku dapat berteman dengan mereka. Salah seorang dari preman* kampung itu menawarkan rokok, tapi aku tidak mengacuhkannya. Waktu itu aku belum merokok.Orang-orang hilir mudik di depan kami tanpa menyapa.

 Beberapa orang tua yang lalu memandang dengan sinis penuh penilaian negatif. Aku balas memandang mereka dengan benci.Ketika itu seorang pemuda yang memakai kopiah dan kain pelikat pun lalu, kelihatannya dia habis dari masjid. Aku menghadangnya dengan terburu-buru, membuat yang lain memerhatikanku.

“Santri* ya?” tanyaku langsung saja.
“ Bukan,” geleng pemuda berkopiah itu.
“Habis tu kenapa solat di masjid?” aku hairan.
“Disuruh bapaku,” jawabnya polos.

Aku langsung kehilangan semangat. Gila, ibadah pun atas suruhan orang lain. Kalau menurutku, yang namanya ibadah harus atas kemahuan sendiri. Bercakap dengan orang yang mahu diarah-arah begini, pasti tidak ada gunanya. Tanpa mengatakan yang lain lagi, aku pergi meninggalkannya yang terpinga-pinga kehairanan.Ketika kembali duduk bergeletakan dengan preman kampung yang tadi, salah seorang dari mereka menepuk bahuku.

“Kenapa?” tanyanya. Mulutnya yang rongak berbau sampah.
“Tak ada apa-apa,” jawabku sejenak menahan nafas. 
“Tengah cari sekolah pondok ni,” lanjutku.
“Ooh,” dia berseloroh seperti kurang mengerti tapi ingin 
terlihat faham. “Mahu jadi ustaz?” tanyanya lagi.
“Tidaklah. Saja-saja.”
Dia diam, aku diam. Lalu tiba-tiba dia berteriak, “Obet!! 
Obet!!!” seperti teringat sesuatu.
“Hadir!” sahut yang bernama Obet.
“Dulu dia pernah sekolah pondok,” jelas pemuda rongak 
bermulut busuk itu padaku.

Aku berkedip tidak percaya. Pos ronda itu bukan tempat yang diharapkan dapat memberikanku informasi tentang sekolah pondok, tapi di situlah aku menemukannya, dalam diri seorang pemuda bernama Obet. Dengan tahi lalat besarnya di hidung, hari itu dia menceritakan pengalaman sekolah pondoknya padaku, juga pada semua yang ada di situ. Menarik sekali, dan kami mendengar seperti menonton dongeng di televisyen.
                                                                                 ◊ 

Keesokan hari aku mengatur janji dengan Obet. Dia menghantarku melihat beberapa sekolah pondok yang dia tahu. Katanya, dia pernah tinggal di beberapa tempat yang kami kunjungi. Tapi, melihat dari penampilannya, aku sungguh ragu jika dia dulu adalah seorang santri. Seluar Levi's compangcamping yang kotor, kemeja T yang koyak-rabak dan rambut dreadlock yang kusut. Tidak ada kopiah mahupun serban.
“Orang tidak harus dinilai dari penampilannya,” dia seperti tahu apa yang aku fikirkan ketika aku mendengarnya mengatakan bahawa dia pernah tinggal selama 2 tahun di sekolah pondok."dulu masuk sekolah pondok dipaksa orang tuamu?” aku meneka.Dia ketawa dengan lantang, mengiyakan. “Iya, mereka 
sangka aku akan bertaubat.”Dari cerita yang aku dengar, para orang tua selalunya memaksa anak-anak mereka yang degil masuk sekolah pondok, biar tidak degil lagi. Biar setan-setan yang ada di dalam tubuh si anak itu kepanasan lalu pergi, dan akhirnya si anak boleh berubah jadi santri yang soleh-solehah, rajin mengaji dan berbakti serta berakhlak terpuji. Diibaratkan sekolah pondok itu adalah sebuah penjara untuk anak-anak bermasalah. Obet adalah produk gagal dari tujuan mulia itu.Meski kesannya demikian, tetapi itu kan kata orang. Ketika akhirnya aku masuk ke sana, banyak juga yang rupanya serius mengaji dan mendalami ilmu agama Islam kerana keinginan masing-masing. Ku kira, penilaian kita terhadap sesuatu akan berubah seiring dengan bertambahnya pengetahuan kita terhadap hal itu. Jadi, jangan percaya apa ‘kata orang’, sebelum kita tahu sendiri.Selesai menunjukkan sekolah pondok yang terakhir, kami pulang dan aku membelikan Obet seliter minyak untuk motornya, kerana waktu itu aku hanya mampu berbuat sedemikian.

Sampai di rumah aku duduk di hadapan meja makan,memeriksa tudung saji dan menemukan selonggok ikan kecil kerinting yang rasanya terlalu masin, berkerumun sedih di atas piring. Aku malas makan itu. Menegaskan sekali bahawa kami orang miskin. Aku berprasangka bahawa ibuku mungkin sengaja memasak sesuatu yang aku tidak suka, biar aku merasa tidak selesa di rumah. Aku memandang seisi rumah. Rumah kami memang tidak besar. Cuma ada 2 bilik. Satu dipakai olehku, satu dipakai oleh kakakku, orang tuaku tidur di lantai ruang tamu di hadapan televisyen. Abangku si kuli Cina tidur di kedai boss-nya.Aku mempunyai 3 orang adik-beradik yang lebih tua. Satu, dia si kuli Cina yang akan kahwin. Yang cuma pulang kalau minta diurut kerana masuk angin atau kepenatan. Dua, si kakak yang lulus SMA terus menjadi pekerja kilang. Kerjanya banting tulang tapi tubuhnya sangat montok, Mungkin kerana bahagia hidup di kilang dikelilingi oleh banyak lelaki yang bukan saudara-maranya. Dan tiga, abang sulungku yang hidupnya terumbang-ambing. Aku memanggilnya si pencuri. Kerana setiap kali pulang ke rumah, kerjaannya mencopet* duit simpanan ibu atau mengambil emas kakakku. Tidak ada satu pun dari kami yang mengetahui di mana dia sekarang. Dia sudah lari dari rumah sejak dulu. Kami tidak tahu dia masih hidup atau tidak.Kalau dia pulang pun kami tidak terlalu gembira, kerana pada akhirnya sesuatu dari rumah akan hilang seiring kembali menghilangnya dia. Mencuri dari keluarga sendiri adalah tindakan paling pondan yang pernah ku tahu.Ayahku kerja sebagai pengawal, sebelah kakinya Tempang bekas jatuh dari pohon kelapa.

Aku tidak menyukai ayahku. Dan ibuku seorang makcik-makcik tipikal yang mengurus ayam peliharaan dan gosip antara tetangga. Kami hampir tidak pernah berkumpul bersama. Apa lagi di meja makan. Aku bahkan hampir tidak pernah berbual dengan mereka. Aku kurang suka berbual dengan orang dewasa.Malah ketika itu, hampir tersangkut di fikiranku kalau mungkin sebenarnya bapaku cuma mereka-reka alasan bahawa aku harus pergi kerana tidak ada bilik buat pengantin baru. Padahal sebenarnya dia memang benci padaku dan tidak suka melihatku ada di rumahnya. Dia melihatku sebagai ancaman, sebagai aturan baru yang harus ditaati. Ya, dia takut persaingan. Dia takut ibu lebih mementingkanku, dibandingkan dirinya. Dia cemburu. Dia membenciku. Tapi dia harus tahu, aku sudah membencinya terlebih dahulu.Lagi pula, kenapa juga si kuli Cina itu harus tinggal di rumah ini? Kenapa tidak di rumah keluarga si perempuan? Kenapa tidak menyewa di luar sahaja? Kenapa harus merebut bilikku? Tapi pertanyaan-pertanyaan itu tidak kucari jawapannya.Aku terlanjur dibakar rasa kesal kerana dikata masih kecil dan manja. Dan aku ingin membuktikan pada mereka bahawa aku sama sekali tidak demikian. Memang aku enggan makan ikan masin atau mencuci baju atau memegang mop dan sebagainya, tapi itu bukan bererti aku manja. Aku cuma malas. Semua anak lelaki memang pemalas kan? Tapi aku tidak manja.Buktinya? Aku sudah memutuskan akan masuk sekolah pondok yang mana.Ibuku yang sedang mengelap piring basah menyedari bahawa aku enggan makan. Dapur dan meja makannya memang satu ruangan.“Aku mahu masuk sekolah pondok,” tiba-tiba kalimat itu keluar dari mulutku, meluncur seperti longsor* salju. Aku berhasil mendapatkan perhatian ibu. Dia meletakkan 
piring di tangannya. Longsor salju itu pasti kena tepat di ulu hatinya. Ah, dia pasti terkejut.

“Kenapa? Kenapa tiba-tiba cakap macam ni?” Mencuba 
bersikap biasa, padahal dia pasti terkejut minta ampun.
“Tak tiba-tiba pun, sudah kufikirkan sejak lama. Aku sudah menemukan tempatnya.”
Ibuku tidak dapat mengatakan apa pun. Dia masih sangat terdiam.
“Bilang dengan bapak kamu,” katanya.
“Tak mahu, ibu saja yang cakap,” aku berdiri,
 meninggalkan kerumunan ikan bilis sialan* itu yang pastinya sedang 
menangis ingin kusentuh. Ibuku, pastinya dia sangat shocked.
Pokoknya aku tidak akan memberikan orang tuaku 
kesempatan untuk mengusirku. Titik.

Di bilik, aku melihat isi ruangan itu untuk kali terakhir.Agak bau hapak kerana jarang dibersihkan dan jendela yang jarang dibuka. Aku mengunci pintunya. Aku suka mengunci pintu untuk memiliki privasi. Aku tidak suka ada orang yang main masuk sahaja ke bilikku, biarpun hanya sekadar untuk menyapu lantainya. Bilik ini milikku dan hanya aku yang boleh membersihkannya. Debu-debunya adalah milikku. Tapi dengan tololnya aku akan meninggalkannya kerana ego.Pakaian ku keluarkan dari almari dan ku longgok bersepah di tepi katil. Aku tidak memiliki banyak baju. Aku hanya membelinya sekali tiap lebaran. Jadi, semua yang kumiliki aku keluarkan, bermula dari seluar singkat sampailah ke kemeja T berlubang-lubang dimakan usia. Setelah itu aku berbaring bingung.Kira-kira pukul 10 malam pintu bilikku diketuk, tapi aku tidak berganjak. Dari suara seretan kakinya, aku boleh meneka itu pasti bapaku.


 Dia mengetuk lagi, ketukannya terdengar ragu. Aku mendengus tidak ingin mempedulikannya. Seharusnya dia lebih tegas jika ingin berbincang denganku. Pengecut. Tapi aku memang tidak ingin berbual dengannya kerana aku boleh meneka arah perbicaraan itu nanti. Kami akan duduk ramai-ramai di ruang tamu sambil mereka menanyaku ini-itu. “Kenapa kamu mahu masuk sekolah pondok?” padahal ada binar bintang di matanya kerana senang aku akan pergi. Lagi pula aku tidak tertarik untuk berbual ramai-ramai seperti itu. Drama keluarga adalah hal yang sangat kuhindari. Itu kampungan.Esok paginya aku ke sekolah seperti biasa dan ketika pulang aku sudah menemukan sebuah kotak Indomie di atas tilamku. Isinya diperiksa. Baju-bajuku tersusun rapi di dalamnya, yang sudah buruk sepertinya tidak diajak, ada setengah kotak Indomie, juga ada ubat gigi, berus gigi baru dan sabun buku. Weh, aku memang mahu pergi, tapi tidak tahu bakal diusir secepat ini. Untuk sejenak fikiranku kalut kerana kesal. Aku ingin menendang kotak itu biar hancur  berantakan.

“Kita kan tak ada beg besar, jadi pakai kotak sahaja,” 
ibuku muncul, dia salah menterjemahkan gurat kemarahan 
di wajahku. Dia fikir aku marah dengan kotak buruk itu. 
Aku buru-buru mengikat kotak itu dengan tali rafia yang 
sudah disediakan.
“Mahu bertolak jam berapa?”
“Sekarang,” urat-urat kesal muncul di pelipisku.
“Tunggu bapakmu dulu, nanti dia yang hantar.”
“Tak perlu.”
Ibuku mendekat, “Kamu itu tak boleh begini, nanti biar 
bapak yang perkenalkan kamu ke kiai nya. Takkanlah kamu 
mahu tiba-tiba datang macam anak yatim minta kasihan?. 
Kamu kan masih ada orang tua?”

Bapaku datang sebelum Maghrib, dia membawa selembar kain pelikat baru dan sepotong baju melayu warna krim. Padahal kalau tahu dia bakal membelikanku baju itu, aku mahu minta yang warnanya hitam saja biar kelihatan seperti Pasha Ungu* dalam video klip lagu-lagu agama di bulan puasa. Dia menyuruh aku memakai baju Melayunya sekarang biar kelihatan rapi di depan kiai* nanti. Aku menurut. Yang sebenarnya muak kerana harus menghidu aroma baju-baru-terus-pakai yang sepertinya menegaskan identitiku, seorang anak kampung miskin.Ketika keluar bilik aku sekalian sudah memakai kopiah, yang hitam dan tinggi menjulang di kepalaku. Songkok model lama. Khas orang yang tidak beribadah dan memakainya pun hanya sesekali. Nanti aku bakal tahu kalau santri itu sama mementingkan fesyen dan gayanya dengan anak-anak 
muda kebanyakan.“Kalau duitnya sudah habis, pulanglah,” ibuku memberikan wang sebanyak 50 ribu rupiah. Aku tidak pernah diberi wang sebanyak itu olehnya. Paling banyak pun cuma lima ribu untuk belanja setiap hariHatiku masih dibakar rasa kesal ketika akhirnya kami berangkat menggunakan motor Honda Impressa kepunyaan bapak. Kami tidak banyak bercakap. Sepanjang jalan aku hanya menunjukkan arah ke mana kami harus berbelok dan seterusnya. Kami melalui sawah, jalan besar, jalan sempit, lorong-lorong kampung perumahan dan kawasan perkuburan hingga setengah jam dan akhirnya sampai.Sekolah pondok itu, bangunannya terbuat dari anyaman bilik bambu dan berbentuk semacam dewan. 

Ada kaki-kaki penyangga yang membuat bangunannya seperti terapung. Dan di kolong, terlihat bermacam tetek-bengek* disusupkan. Kayu-kayu, dapur-dapur rosak, karung-karung yang entah isinya apa, dan bermacam-macam benda lainnya. Dari sekian bangunan sekolah pondok yang telah ditunjukkan oleh Obet, yang ini yang menjadi pilihanku.Sekolah pondok yang aku pilih bukan yang besar dan menarik. Muridnya tidak banyak,jauh dari hal-hal yang moden. Kata Obet ini sekolah pondok salafi. Yang masih tradisional, mahu dalam bentuk hal yang diajarkan, ataupun dari segi peraturan. Tidak ada peraturan yang ketat, semuanya serba boleh ditoleransi. Dalam tanda kurung ‘bebas’. 

Selain kerana alasan itu, sekolah pondok ini letaknya paling dekat dengan sekolahku, dan meski bangunannya seperti surau yang mahu roboh, aku tidak peduli.Bapak meletakkan motornya tidak jauh dari surau. Tapi bangunan itu sepi.“Rumah kiainya di sebelah mana?” tanya bapak.Aku terkejut sendiri. Menggeleng. Mana aku tahu di mana rumahnya? Kukira kiainya tinggal di dalam sekolah pondok juga. Sayup-sayup kami mendengar seseorangberteriak dari sebuah arah. Ada bangunan lain di sekitar situ, sebuah gazebo besar berlantai seramik. Diterangi neonneon yang menyala rapi. Kami dapat melihat para santri sedang tertunduk ke buku berkertas kuning di pangkuannya dan aku menemukan sumber suara menjerit-menjerit itu. Seorang lelaki gendut yang duduk di depan para santri, rupanya sedang mengajar.

“Itu pak kiai-nya?” tanya bapak.
Aku mengangkat bahu lagi.

Kami menunggu sampai pengajian itu selesai. Kami mencangkung sambil saling diam dan aku sudah digigit seribu nyamuk ketika akhirnya para santri itu menyerbu bangunan sekolah pondok kira-kira pukul 9. Beberapa santri kehairanan kerana melihat kehadiran kami, tapi seperti sudah mengerti.“Panggil Bang Ali, beritahu dia ada tamu,” kata salah seorang dari mereka. Santri yang paling kecil berlari balik ke arah gazebo.

“Assalamualaikum,” sapa bapak sambil berdiri.
“Waalaikumsalam,” jawab mereka serentak.

 Aku masih tertunduk malas.Tidak berapa lama orang yang bernama Bang Ali itu datang, langkahnya sedikit tergesa-gesa. Hingga hari ini aku masih mengingat senyumnya, gigi taringnya yang sedikit ke depan dan ekspresi wajahnya yang ramah tapi nakal. Rambutnya ikal panjang hampir separas bahu dengan kopiah haji basah-lembap menghiasi kepala. Ada kumis dan janggut nipis di mukanya. Kira-kira berumur dua puluhan. Perawakannya agak kecil tapi tegap. Bapaku mengucapkan salam lagi. Lalu bersalaman dengannya.

                                            ------------------------------------------------------

P/S:
Aku tak tau kenapa? aku sendiri  tertarik dengan novel ni. 
Kau nak tahu kenapa? tapi kalo taknak tahu, tak apa.

15 February 2013

GK





bila orang tu ada nama. orang tu ada wang. orang tu ada pangkat. 
kau jalan berkepit kesana kemari sampai melekat tak kenal tempat. 


bila orang tu tak ada segala.segalanya hilang.semuanya kosong 
kau jalan tak pandang pun. hanya mendongak tinggi.setinggi langit 


jangan toleh kebelakang bila kau diperguna kembali
yang tiada segala benda tu dia dah pergi 


dia mungkin tak kan kembali lagi
tamat lah cerita ini 


27 January 2013

saka




katil aku bersaka. jadi jangan diganggu dia. sekali terbangun hilang segala.
aku ini tuan nya lagi sukar bangkit. dia tolak sampai sakit.aku hanya tahan perit.


makanan aku jadi santapan. hilang segala zat makan. sampai aku tak tahan.

kau makan aku kau telan aku. engkau kongkong lagi aku. sampai hilang sifat aku.


setiap langkah aku kau awasi. badan aku kau kawali. kau jaga setiap gerak geri.

tingkah laku aku kau perhati . aku hanya ada dia disisi iaitu hanya kau ilahi


*segala rasa yang datang dibawa pulang. segala rasa cinta dibawa sekali rasa kasih sayang. 

20 January 2013

teriak dalam mimpi



*aku dalam nada ketawa sinis

teriak lagi seorang diri
tiada lagi teman disisi
terus hilang sekali lagi

mimpi itu datang kembali
membawa berita cerita ini
tiada apa lagi dalam hati

ketawa lagi tiada henti?
menangis lagi sendiri?
sudah sebati dalam diri

lelah sungguh hati ini
seringkali mati dalam mimpi
sukarnya bernafas dalam lagi

lalu bangun bangkit berdiri
yakini mimpi itu tak kan kembali
harap-harap tidak berulang lagi




*syukur itu hanya mimpi bukan realiti

19 January 2013

hanya tuhan yang tahu

Bismillah..


Ya Allah  tenangkan lah hati aku.
dengan nama mu Ya Allah. rawatilah daku dengan penawar-Mu
dan cukupkan daku dengan kelebihan yang ada pada-Mu
dari mengharapkan selain daripada-Mu
 Ameen


____________________________________________




 Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, 
kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya. 

                    Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu  keburukan,
 kau akan membencinya.

                   Andai kau ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya. 
Kerana apabila kita buntu kau mungkin akan menfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, 
kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau seorang sahabat.. terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. 
Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna.



*I just feel like i dun trust anyone..

15 January 2013

dewasa


 Andai aku dapat ulang semula satu zaman yang bernama REMAJA
Kerna bukanya mudah untuk kita menjadi DEWASA




#TUA bakal tiba


14 January 2013

dipijak






dan dia ditenyehlumur habis-habis tanpa kasihan;bajunya disiat2 dan perutnya dipijakhenyak penuh kesumat.mereka jeritkan--kamu perlu sama dengan kami.perlu sama!dan dia masih senyum ditenyehlumur dipijakhenyak.tak tercuitkan.maka begitulah muqadimah hebahnya,kisah matinya si aneh yang tidak mampu untuk cuba menjadi sama.yang mana sebenarnya lebih aneh--bukankan yang patut dibunuh kerana sebab itu adalah engkau?


09 January 2013





benci semua yang hadir datang berkunjung
berkunjung datang tanpa diundang
hadir  satu persatu menusuk isi jantung

 luka yang lama masih belum sembuh
ambil masa yg lama untuk terus  sembuh

aku harap kau terus hilang
terus hilang dari pandangan
terus hilang dari penglihatan


harap kau faham

08 January 2013

mahu





Mahu kemana ? aku disini
Mahu pergi mana? aku masih disini lagi
semahu mahunya kau ingin lari dari aku ini?



31 December 2012

#satu






hanya punya satu hati tapi banyak perasaan
 mungkin punya satu kasih tapi banyak pasangan

27 December 2012

tak terubahkan


dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;
aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah
,

#fynnjamal

14 December 2012

SUKSES








hey perempuan 
Berhentilah mencari alasan kenapa kau tidak sukses,
 mulailah mencari jawapan bagaimana agar kau cepat sukses.

#mungkin






Ini untuk kau, Aku rindu kita yang dulu.
selalu bersama pagi petang siang & selalu
segalanya musnah hanya satu benda yg lalu

adakah kita akan bersama semula?
menikmati hidup seperti dulu kala?
tak memikirkan apa yang belaku?

itu semua hanya mimpi
mimpi yang tak pasti menjadi
mustahil kita mungkin jadi seperti dulu



Sebenarnya sangatlah mudah menjadi Bahagia. 

Kebahagiaan akan datang saat kita memaafkan diri kita sendiri, 

memaafkan orang lain, dan hidup dengan penuh rasa syukur.

Tidak pernah ada orang egois dan tidak tahu berterima kasih mampu merasakan bahagia, 

apalagi membuat orang lain bahagia. Hidup ini memberi, bukan meminta.






moga moga hati ini harus kuat untuk coba meneruskan hidup

segala resah tidak harus kabut butuh segalanya tentang kapan

titik




Takdir bukanlah masalah kesempatan.
 Takdir adalah masalah pilihan.
 Takdir bukan sesuatu yang harus ditunggu.
 Takdir adalah hal yang harus dicapai.

05 August 2012

#000

hidup aku
cerita aku
tiada siapa yang tahu ?


jalan hidup berbeda 
jalan cerita juga
tiada siapa yang tahu,rahsia aku!


jangan menilai aku dari luaran
dalaman juga harus dambil kira
bukan dengan sekali imbas tapi berkali-kali


kini,hati aku mempunyai banyak perasaan...

20 July 2012

.







Rasanya tak ada masa aku nak berjiwang dalam blog ni 
AKU LAH ARJUNA 
Cinta lah aku

16 April 2012




Bukan masa senang kita akan lupa mereka
Masa susah kita baru ingat siapa mereka

Mustahil untuk kunci mulut2 yang bersepah diluar sana
Kerana kita di dunia hanya lah insan biasa

Dengan perasaan penuh rasa simpati dan bukanya menyenda
   Tak perasan ada manusia di luar sana ingin mendengar nya?

 Perlukah kita memaksa mereka semua?
Untuk mendengar cerita kita dengan rasa terpaksa?
  
 Susah senang kita nak manusia manusia ni ada dekat dengan kita
Kita bukan lah sesiapa,Percayalah kita sangat memerlukanya

Kita pun manusia seperti manusia yang berada diluar sana
 Ingin berkongsi perasaan dengan  seseorang yang digelar ''manusia''

boleh kan?



Alhamdulillah... masih ada TUHAN&KELUARGA 


09 November 2011

Aku ini Wujud



Seakan disumpahkan

tercela hidup begini
seakan disampahkan
terkeji diam sendiri


aku lebih rela
bermati terhunus pedang
dari mati tak dipandang


aku lebih rela
bermautkan sejuta bilah tajam
dari maut dengan lidah yang menikam


kasihankan aku
lihatkan aku
nampakkan aku
sedarlah wujudku


jika tidak sebagai sesuatu
sekurang-kurangnya lihat aku sebagai manusia yang wujud di situ







PENULIS :Hayati Hassan

07 May 2011

cerpen: 8 PEMBOHONGAN IBU KEPADAKU

CERPEN- 8 PEMBOHONGAN IBU KEPADAKU.


Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat mak seperti itu.Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!